Dear Blog,
Aku rasa aku terlalu banyak merungut. Aku ingin belajar bersyukur.
- Awal tahun lepas aku sengkek gila. Aku berenti kerja tanpa cari kerja lain sebab aku terlampau stress kat firm lama aku. Aku bimbang, mampukah aku survive. Alhamdulillah, aku dapat banyak offer untuk buat survey, translation ngan consultancy work. Walaupun tak mewah at least aku survive.
- Duit simpanan dah susut, aku masih belum dapat kerja. Duit deposit rumah pon aku dah gunakan sebab aku ingat nak pindah. Kemudian tak jadi pindah pulak. Laki aku dah start complaint sebab aku mengadap komputer hari-hari, pastu keluar jual kain ngan tudung, namanya jer tak kerja tapi rumah masih bersepah. Aku serabut, hampir-hampir breakdown. Alhamdulillah, tiba-tiba dapat 2 offer kerja sekaligus.
- Kancil aku tertunggak 3 bulan tahun lepas. Hampir-hampir kena tarik. Aku risau, kalau kena tarik mesti kena blacklist, mesti susah hidup. Masa tu pun belum lagi ambik Avanza. Kad kredit pun hampir max. Alhamdulillah, tiba-tiba dapat bayaran translation 5000 lebih. Blh settle ansuran kancil ngan bayar kad kredit.
- Bulan 8 road tax kancil mati. Road tax campur insurans dekat 400. Bulan 9 road tax Avanza mati, road tax campur insurans dlm 1600. Bulan 10 raya. Aduh pening. Tapi Alhamdulillah, bayar road tax kancil dapat duit rebate 675, blh top up bayar road tax Avanza, bayar Avanza dapat rebat 675, blh buat belanja raya.
- Raya hari tu abah kesempitan duit, adik-adik tidak ada baju raya. Aku bimbang kalau aku bagi duit untuk diorang aku akan kesempitan duit selepas raya. Tapi aku tawakkal, tak sampai hati pula bila adik2 takder baju raya. Masukkan 700 untuk diorang berempat dan mak untuk persiapan raya, belikan kuih raya untuk kampung, belikan baju raya dan perfume untuk abah, belikan handbag untuk mak, baju untuk hubby dan ayah mertua, habis dekat dua ribu. Terasa wallet ringan jer. Tapi Alhamdulillah, seminggu sebelum raya dapat duit claim insurans 500 lebih, blh buat belanja balik kg.
- Lepas raya duit dah tinggal sikit. Nak kena bayar bil-bil, insurans, pinjaman, sewa rumah, minyak keter, makan. Hati terdetik, cukup ke tidak ni? Fikiran runsing. Alhamdulillah, seminggu lepas raya dapat duit bayaran utk questionnaire yang aku buat, 300 lebih, blh buat bayar bil.
- Dah bayar semua bil duit tinggal ciput untuk hujung bulan. Adik lelaki aku yang kat UITM call mintak duit untuk bayar sewa rumah, adik lelaki aku yang kelima datang KL ada interview, abah takder duit, bagi RM50 je untuk dia belanja. Aku kena bagi duit belanja seminggu dia kat KL. Adik lelaki aku yang no 3 yang baru kerja nak pinjam duit sebab duit gaji dia dah kering. Aduiii, aku nak kena heart attack. Alhamdulillah, HR call ckp claim insurans aku yang second dah approve.
- Semalam aku kena sound dengan boss sebab accept invitation for full launch without telling her. Salah aku sebab buat presumption dia dah tahu. Alhamdulillah dia tegur.
- Semalam dapat call dari bank cakap kereta tertunggak sebulan. Aku terkejut, setahu aku aku tak pernah tak bayar. Call husband, dia pon cakap dia tak pernah miss bayar. Mengikut statement, aku tidak membuat bayaran bulan Mei. Cari-cari slip bayaran, tak jumpa pula slip bulan May. Kenapalah sekarang baru diorang nak inform, kenapa tak call bulan Jun, senang sikit nak semak. Tapi tak apalah, Alhamdulillah sebab hanya sebulan.
- Hari ni buat kira-kira sket, found out ada few invoices client aku blm bayar. Alhamdulillah...ada duit spare.
Hmmmm...banyak rupanya nikmat yang Allah kasi kat aku, cuma aku yang tak pernah ambik masa untuk meneliti. Ya Allah, ampunkan hambaMu ini yang lalai memanjatkan kesyukuran kepadaMu. Alhamdulillah ya Allah.
|