Tadi pi berziarah ke blog Yoshz, dia bercerita pasal filem. Antara filem yang disebutnya ialah Cermin dan Jangan Pandang Belakang. Memandangkan aku ni peminat no. 1 filem horror, aku nak bercerita tentang filem2 horror Melayu yang aku pernah tonton. (Actually entry ni entry recycle jer...sebab aku takder masa nak pikir entry baru. hehehehe)
Sekarang aku nak bercerita mengenai betapa lawaknya citer hantu di Malaysia kebelakangan ni. Nampak sangat scriptwriter/director/producer tak buat research. For instance, citer Jangan Pandang Belakang, aku confuse betul, kalau tak silap aku saka yg dok kacau Dharma tu hantu raya, tapi naper lak hantu dier cam langsuir ngan rambut panjang semua? Pastu hantu dier blh merangkak cam hantu Jepun dalam Ju On lak. So kesimpulan aku ialah, sebetulnya produksi tu nak promotekan syampu all-in-1 sekalik plus nak promotekan zoo negara sempena Tahun Melawat Malaysia. Sebab tu laa hantu dier berambut panjang and dok melambai-lambai tangan cam orang utan kat zoo. Bagus...bagus...aku suka.. aku suka (sambil melompat-lompat tepuk tangan). Inilah yang kita mahu, produser yang menyokong hasrat kerajaan utk meningkatkan industri pelancongan negara. Produser camni la yang kita mahu, sambil menyelam minum air, sambil wat filem promotekan zoo negara sekalik. Sungguh bersemangat patriotik ini produser.
Second film yang jadi topik perbincangan ialah Puaka Tebing Biru. Somebody mentioned pasal betapa kasih dan chentanyerr watak Fahrin dalam citer tu (aku tak ingat watak dia sebagai apa) sehinggakan sanggup simpan rangka si Umie Aida untuk dipeluk cium sepanjang masa. Aku heran laa...sbb bagi aku itu bukan cinta sejati tetapi nafsu pervert. Ya lahhh, hanya pervert jer yang bernafsu pada mayat atau tengkorak! So kesimpulan aku citer tu ialah mengenai kisah cinta seorang pervert yang bernafsu pada rangka tengkorak manusia. Tetapi memandangkan takut tak lepas Censorship Board, so diorang wat la konon-kononnya kisah cinta plus seram. Ya lah kan, kalau direct wat citer pasal pervert yang bernafsu pada mayat/rangka, karangkan kena ban la pulak n mengamuk la plak masyarakat malaysia kerana menonjolkan ciri-ciri 'kepervertan' di tahap maksima. Karang tak lepas masuk panggung Malaysia cam citer Brokeback Mountain tu siapa yang susah? Mereka dan keluarga mereka jugak yang susah.
Pastu kan aku heran naper hantu tu (watak Umie Aida) begitu multi tasking sekalik. Yerlaa...jadi hantu langsuir a.k.a cik ponti (kalau ikut history susur galur hantu-hantu kat Malaysia ni, pompuan mati beranak normally akan menjelma jadi langsuir) pon blh, jadi toyol/pelesit pon blh (check scene hantu tu hisap ibu jari Fahrin). Hello...tak pi wat research kat pameran hantu kat Muzium Negara/ Muzium Shah Alam ka? Alaaa...pameran yang havoc satu Malaysia tu yg kononnya berbondong-bondong orang pergi...begitulah cik puan dan tuan-tuan ya...lihatlah betapa 'lapar dahaganya' orang-orang Malaysia ni dengan hantu, pantang wat pameran hantu sure penuh. Walaupun in real fact pameran tu bukan pasal hantu tapi pasal orang naik hantu sebab nampak duit asyik masyukkk jerr.
Wat la research sket wahai abang-abang dan kakak-kakak scriptwriter/director/producer oiii. Yang hisap ibu jari tu pelesit/toyol sbb itu adalah peliharaan, so mak atau bapak toyol tu kena kasi hantu pelesit atau toyol tu minum darah diorang nak mengelakkan those hantu naik syeikh and pi 'kekoh' the owners tu! Aku rasa la kan, citer Puaka Tebing Biru ni actually nak promote productivity ngan wat multitasking ni. Elokla tu n aku suggest jabatan-jabatan kerajaan kena kerah anak-anak buah diorang tengok citer ni n belajar multitasking, baru la takder kol 10 aku call officer pi sarapan, kol 11 pi minum pagi kol 12 pi lunch, kol 2 semayang, kol 3 pi minum petang n kol 4 balik!
Citer Cermin lagi la aku tak paham. Apasal la ilmu hitam (ilmu pengasih) yang Mastura kenakan kat Hassan tu tak menjadi. Aku rasa la kan, si Mastura tu pi jumpa bomoh tipu alam ala-ala citer Do Re Mi tu. Kalau tak takkan la si Hassan tu tak sayang-sayang gak kat dier. Bomoh tu mesti tak ajar Mastura tu ilmu nak buat nasi kangkang, kalau tak sure si Hassan sayang dier. Yang si Hassan tu pon satu, boleh tuduh Mastura mandul padahal 2 tahun dia tak sentuh Mastura. Ni mesti kes cikgu sains mengajar kat depan dia dok lastik katak kat belakang. Apa dia ingat nak wat anak tu cukup si Mastura tido ternganga kuar air liur basi pastu budak tu terjun lompat masuk mulut Mastura terus pompuan tu mengandung?! Apa punyer 'turrr' la! Kalau yer pon nak wat jalan citer si Mastura ni mandul sbb tu laki dia kawin lain, pi la bukak balik buku sains ko yang lama-lama, tak pon bukak buku Alam dan Manusia darjah 5 tu (rasanya dah takder kot mata pelajaran ni skrg, budak skolah rendah pon dah belajar matapelajaran sains skrg). Or maybe ada something wrong ngan sistem pendidikan di Malaysia sampaikan script writer tak tahu basic science principle of creating a baby? Meh sini aku citer meh.
Nak ada anak, si lelaki dan si pempuan kena wat sexual intercourse. Apa itu sexual intercourse? Sexual intercourse bermaksud memasukkan batang zakar lelaki ke dalam vagina perempuan, bukan ke dalam pusat perempuan yer macam satu kes family law yang aku belajar dulu (Ada kaa ko dok taram pusat bini ko sepanjang masa pastu ko nak bercerai sebab ko kata bini ko mandul. Ini punyer orang pon ada ka?!). Apabila berlaku penetration i.e. kemasukan zakar ke dalam vagina, si lelaki haruslah melakukan ejakulasi di dalam vagina iaitu melepaskan benihnya ke dalam rahim perempuan. Ejakulasi ini mestilah sempurna maksudnya premature ejaculation tak main yer tuan-tuan dan puan-puan. Benih lelaki ini dilepaskan melalui air mani. Air mani ini mengandungi spermatozoa atau lebih dikenali sebagai sperma atau sperm. Sperma lelaki ini akan travel melalui tiub fallopian si perempuan. Maka bermusafir la sang sperma mencari benih perempuan i.e. ovum di dlm rahim perempuan ini. Apabila sperma dan ovum bercantum, maka terbentuklah zigot yang seterusnya akan menjadi embryo. Kalau Allah kata 'kun faya kun', maka lahirlah seorang bayi.
Ha! Ambik ko. Panjang lebar aku citer tu. Kalau pasni tak reti-reti lagik aku tak tahu la. Jawabnya bangang ditahap maksimum la tu.
Satu lagi yang aku pelik dalam citer Cermin ni, ilmu hitam si Mastura tak menjadi tapi sumpahan tu menjadi plak. Camner tu? Sepatutnya kalau dah ilmu hitam tak menjadi sumpahan pon tak menjadi gak la. Ni mesti si Mastura ni senyap senyap pi berguru kat Siam tanpa bagitahu kita penonton yang bongok ni.
Citer Waris Jari Hantu pulak tak reti nak wat research pasal sosial ker? Mana ada golongan lembut ni dipanggil Mat Kepit! Tak pernah aku dengar pon! Tak reti-reti lagi nak belajar bahasa slanga? Biasanya cik pon-cik pon ni dipanggil mak nyah yer. Tak pon dipanggil ponen-ponen. Sepatutnya si Shuhaimi Baba ni kena baca blog-blog yang bersepah kat Malaysia ni, wat research sket on the bahasa slanga ni. Pastu plak, sepanjang kerjaya aku sebagai pengikut setia novel seram Tamar Jalis, tak pernah plak aku tahu pompuan yang pelihara harimau jadian. setahu aku yang pelihara harimau jadian ni lelaki berdagang ataupun orang yang bukak kampung. Harimau jadian digunakan untuk menjaga harta benda dan kampung daripada anasir jahat. Atau juga digunakan sebagai alternatif kepada LRT atau bullet train atau concorde jet atau pintu ke mana sahaja Doraemon apabila si pemilik tu nak ke mana-mana sepantas kilat a la Superman!
Okla, penat la aku membebel pasal standard horror films Malaysia ni. Karang satu hari aku tak buat kerja. Sepatutnya aku kena tengok citer Puaka Tebing Biru betul-betul, belajar dari hantu tu cara-cara nak jadi produktif. Hahahahah.
Tapi kan, to give credit...citer Hollywood lagi mengarut. I always wonder whether Superman tu ada sexuality issue, sbb tu dia pakai spender kat luar. Or he's not comfortable with his 'man' thing, sbb tu kena pakai spender kat luar nak tell the world that he's man enuff. Maybe la kot...
Wednesday, October 08, 2008
Filem-filem Hantu Melayu dari Kacamata Aku
Posted by
Hanim
at
10/08/2008 09:26:00 PM
Subscribe to:
Comment Feed (RSS)
|