Malam itu aku balik lambat dari ofis. Setibanya di rumah aku lihat suami aku sedang asyik menonton tv. Setelah meletakkan beg, bukak tudung, basuh muka, aku pun join suami aku menonton tv.
Tiba-tiba suami aku cakap dia nak minum teh. Aku pun cakap "saya pun terasa nak minum jugak, buatlah satu untuk saya" sambil mata masih lagi tertancap di kaca tv. Husband aku tarik muka masam, bangun dan berlalu ke dapur. Hilang saja kelibat suami aku, aku sengih. "Sorry bang, isteri abang ni memang malas. Tak aci la saya jer yang kena buat air untuk awak, sekali sekala awak buatlah air untuk saya juga" kataku dalam hati.
Dengan muka yang masam suami aku hulurkan secawan teh yang masih berwap nipis. Aku senyum menggoda, tangan aku membelai-belai tubuhnya yang tidak berbaju itu. Aku urut-urut lembut bahunya. Picit-picit kepalanya dan dia kembali tersenyum. Kemudian aku pun meminum teh tersebut.
(Selingan: Korang ingat aku nak cerita apa? hehehehe...takder maknenyerrr, citer citer dalam kain adalah for me to know and for you guys not to find out. hahhahhaa)
Jam menunjukkan pukul 10.30 malam. Suami aku bersiap-siap untuk ke tempat kerja. Ikutkan hati memang aku nak bom jer tempat kerja dia tu, nama jer in the management team tapi kena kerja malam, apa kes!!! Dengan muka yang muncung kerana terpaksa tidur seorang diri buat kesian kalinya, aku cium tangan dia dan meraba-raba apa yang perlu (raba poket la, korang ingat aku raba apa?!), aku melepaskan dia pergi ke tempat kerja dengan lambaian sayu. Mana best peluk bantal peluk weiii.
Memandangkan aku belum mengantuk, aku sambung menonton tv. Jam menunjukkan pukul 12 tengah malam. Aku masih lagi belum mengantuk. Jadi aku pun sambung aktiviti menonton DVD pulak. Aku pasang DVD citer hantu Thailand yang aku beli masa karnival jualan CD yang dianjurkan oleh ofis aku. Untuk menambahkan thrill aku matikan lampu dan menonton DVD tersebut di dalam gelap. Tiba-tiba terdengar bunyi anjing menyalak sayu dari rumah jiran berketurunan cina di depan rumah aku. Bunyi laungan anjing yang sayu dan panjang itu berjaya memberikan feel seriau pada aku, di sambut pula bunyi ngiauan kucing yang kedengaran seperti bunyi bayi menangis. Aku teringat cerita orang-orang tua di kampung yang berkata kalau ada bunyi seperti bayi menangis di luar rumah, biasanya hantu bajang sedang mengelilingi rumah. Aku cuba membayangkan rupa bentuk hantu bajang yang kononnya bulat seperti buah kundur itu tapi yang mampu aku bayangkan hanyalah tembikai yang masak ranum yang bergolek, menanti untuk dimakan.
Untuk menghilangkan rasa seriau aku, aku ke dapur untuk membuat air dan mencari junk food untuk dimakan. Sedang aku asyik membancuh air, aku seakan terdengar bunyi dari dalam bilik komputer yang terletak berhampiran dengan dapur. Aku biarkan saja kerana menyangkakan itu hanyalah perasaan aku. Tetapi aku terdengar lagi bunyi seperti orang mencari sesuatu di dalam bilik tersebut. Perlahan-lahan aku menjenguk, tetapi tiada apa-apa pun. Aku kembali membancuh air.
Sekali lagi aku terdengar bunyi bising di dalam bilik tersebut. Kali ini lebih kuat. Aku cepat-cepat berlari ke arah bilik tersebut. Aku menjangkakan tikus sedang bermaharajalela memandangkan rumah aku suatu ketika memang menjadi istana mereka. Setibanya aku di depan pintu bilik, aku terpempan, badanku menggeletar.
Aku melihat seekor makhluk jelek, bertelinga capang dan runcing, berlidah seperti cicak dan bertubuh separa harimau membelakangkan aku dan sedang memegang monitor. Akibat terkejut aku terlanggar pintu, menyedari kehadiran aku, makhluk itu berpaling. Aku dapat melihat separuh dari keyboard dan CPU aku sudah berkecai menjadi kepingan-kepingan besi, separuh daripada monitor aku juga sudah hilang. Gigi makhluk itu yang runcing memamah dan mengunyah-ngunyah kaca monitor. Matanya yang merah menyala merenung aku tajam. Wajahnya menggerutu, lidahnya yang panjang dijelirkan, cuba membelit tubuhku. Aku menjerit sekuat-kuat hati, kerana terlalu takut, pandanganku kelam, tubuhku menjadi lembik....aku tidak tahu apa yang terjadi dan jatuh pengsan. Aku hanya terjaga pagi esoknya akibat deringan alarm telefonku.
Sekian sahaja karangan saya buat kali ini yang bertajuk kenapa saya tidak update blog saya.
Honestly, I swear! I can't update my blog because an evil creature ate my computer!!
Wednesday, October 22, 2008
Kenapa Saya Tidak Update Blog Saya
Posted by
Hanim
at
10/22/2008 03:00:00 PM
Subscribe to:
Comment Feed (RSS)
|