Friday, October 31, 2008

Mampukah Ku Ulang Saat Itu?

Aku rasa hidup aku sekarang ni memang membosankan. Tiada apa yang menarik. Semuanya mengenai rutin. Bangun pagi gosok gigi basuh muka dan mandi, pastu siap pegi kerja, bila sampai tempat kerja buat kerja, pastu balik, pastu tgk tv jap, pastu tido. Begitulah rutin setiap hari. Weekends pulak kemas2 rumah, masak, main games, tgk tv. Amat membosankan.

Ah, aku rindu hari-hari ku dulu. Waktu aku bebas melakukan apa yang ku mahu. Mahu ke perkhemahan, pergi saja tanpa ada yang menghalang. Mahu cycling sekitar kampung, kayuh saja dan redah saja. Mahu ke pantai berbecue, pergi saja dan bakar sahaja ayam itu.

Aku rindu saat-saat manis dulu bersama teman-temanku. Accident dengan lembu sehingga habis seluruh badan diselaputi tahi lembu atau berjalan sekitar Masjid India tanpa sedar baju koyak sehingga menampakkan bra atau pun dikejar hantu di sungai yang sudah jadi paya(sungguh aku ingat kami mmg kena kejar time tu) atau meredah paya dan tidur di kawasan perkuburan sewaktu perkhemahan, saat saat itu merupakan the highlight of my life. Rindunya akuuu!!!

Sekarang? Hmmmmm...highlightnyer cuma time berusaha buat anak saja!