Aku sebetulnya dah hilang punca atas dasar apa aku start blogging dulu. Makin lama aku perasan aku makin malas nak update. Bukannya tak ada benda yang nak aku utarakan dan bukan juga tak ada masa, kadang-kadang jer tak ada masa...tapi entahlah...
Mungkin juga kerana aku bukanlah seseorang yang jenis mencatatkan segala apa yang dilakukan atau apa jua yang terjadi dalam hidup. Dari zaman sekolah lagi aku bukanlah orang yang sebegitu. Aku pernah cuba menulis diari dulu tapi aku stop bila dapat tahu mak dengan kakak aku baca diari aku. Mungkin kerana itulah aku resort kepada penulisan puisi. Kerana penulisan puisi lebih abstrak bentuknya dan aku dapat meluahkan apa yang aku ingin luahkan tapi dalam cara yang subtle. Sebab kadang-kadang ada benda yang ingin kita luahkan itu bakal menyakitkan orang lain atau juga mungkin memalukan diri sendiri.
Aku rasa aku nak berehat atau mungkin bersara dari dunia blogging ni. Tapi macam sayang la pulak dengan blog ni. Walaupun entry aku tak banyak dan pengunjung pun tak banyak, tapi aku hargai setiap pengunjung yang datang. Aku kadang-kadang suka baca kembali apa yang aku tulis, dan aku perasan penulisan aku banyak dipengaruhi emosi.
Macam sekarang, emosi aku adalah malas. Maka terjadilah entry malas ini...
Thursday, November 20, 2008
Bila Hati Berbicara
Posted by
Hanim
at
11/20/2008 11:19:00 AM
Subscribe to:
Comment Feed (RSS)
|