Wednesday, November 12, 2008

Kalau Kamu Keliru, Jangan Salahkan Aku

Aku adalah anak Kelantan jati. Lahir kat kelantan, membesar di Kelantan dan bersekolah di Kelantan. Tak pernah pindah mana-mana kecuali Kelantan jua lah hendaknya. So, bila aku dapat tawaran masuk matrikulasi di KL, aku jadi teruja campur takut. Aku ni bukannya pernah duduk asrama pon, kalau setakat camping sehari dua tu biasalah. Tapi aku kan macho, belasah jer la. Tapi, masa mak bapak aku nak balik kampung lepas hantar aku ke matrikulasi, macho-macho pon menitik jugak lah airmata.

Kat matrikulasi aku ditempatkan satu bilik dengan budak dari Kedah dan Sarawak. Dalam rumah aku tu students nya dari macam-macam negeri, Kelantan, Melaka, Kedah, Sabah, Sarawak, Johor dan juga KL. Maka bermulalah episod-episod kekeliruan dan kecelaruan bahasa kami.

Episod 1

Kami pakat-pakat masak dan makan beramai-ramai. Biasalah, bila tinggal di kolej ni masing-masing jadi kreatif. Aku masak puding roti dalam rice cooker. Tapi terlupa nak monitor membuatkan puding itu berkerak dan agak sukar dibersihkan.

Aku: Ko ada dawai penyental tak? Aku nak sental pantat rice cooker ni.
Budak Kedah: Woiii!!! Apahal ko mencarut ni? Kalau yer pon ko sakit hati dengan rice cooker tu, jangan la mencarut.
Aku: ????

Episod 2

Lif kolej kami rosak. Kami semua terpaksa memanjat tangga ke tingkat 4.

Budak Kedah: Hampeh betul lif ni. Asyik rosak jer. Penat aku kerabat tangga ni.
Aku: Apahal pulak ko nak peluk tangga tu? Tak paham aku.
Budak Kedah: ????

Episod 3

Kami menghadiahkan soft toy itik sempena birthday budak Sarawak. Minah tu memang happy. Tetapi kemudian dia perasan yang soft toy itu terkoyak di bahagian bontot itik.

Budak Sarawak: Alamak! Burit itik ni terkoyak la!
Aku n Budak Kedah: Woiiii!!! Jgn la mencarut!
Budak Sarawak: ???

Episod 4

Aku menjadi committee sempena minggu orientasi pelajar baru. Malam sebelum majlis orientasi, unit aku mengadakan mesyuarat terakhir. Head committee kami adalah pelajar dari Kedah.

Head-comm: Ok, besok merupakan hari orientasi. Jadi kita kena pastikan semuanya berjalan lncar, gimmick yang kita rancangkan semuanya menjadi. Jadi kita kena buat dry run. Malam ini merupakan last kopek untuk kita buat semua tu.
Budak-budak Kelantan: **gelak ramai-ramai***
Head-comm: ????

Banyak lagi la insiden-insiden kekeliruan bahasa yang terjadi dalam kehidupan aku sehari-hari ni. Yang penting, lain tempat lain budaya dan bahasanya. Jadi, kalau lah korang rasa aku ada mencarut ke memaki ke kat blog ni, jangan terasa hati, mungkin itu bukan carutan atau makian tapi sebaliknya pujian. (Hehehehe). Kitakan masyarakat majmuk yang mempunyai bahasa yang pelbagai!